Sunday, 16 October 2011
Wednesday, 29 June 2011
Unggun Bersih
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
15:58
1 comments
Links to this post
Labels: Karya
Wednesday, 9 March 2011
Tingkatan Manusia
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
11:38
0
comments
Links to this post
Labels: pandang bijak pandai
Saturday, 12 February 2011
Dunia. Wanita.
Dunia. Cantik. Manis. Wanita. Juga. Cantik. Manis. Dunia tanpa wanita-sunyi. Adam sunyi tanpa Hawa. Hawa jadi teman. Pendamping. Wanita tanpa dunia-bosan. Umpama Kain putih tanpa corak. Tidak ada warna-warni. Dunia bawa seri pada wanita. Dunia dan wanita. Jaga-jaga. Boleh jadi bahaya. Lentur dengan lembut. Takut patah. Binasa. Hayun dengan perlahan. Takut jatuh. Berkecai. Hadi Mahdi Muhtadi
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
15:44
0
comments
Links to this post
Labels: Karya
Tuesday, 1 February 2011
Cerita Hujan
Hujan.
Kau turun berlari.
Menari.
Bernyanyi.
Ikut rentak bunyi.
tingtingtingtingting.
spluuuusssshhhhhh.
fwuusssssshhhhhhh.
Dunia Khali.
Masa Terhenti.
Manusia Sepi.
Ketika kau berlalu pergi.
Manusia-ada suka.
Ada duka. Derita.
Cerita hujan.
Kau hadir lagi esok hari.
Read More..
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
00:09
0
comments
Links to this post
Labels: Karya
Saturday, 22 January 2011
1:11 (Satu Sebelas)
Di waktu ini
Dan di waktu-waktu selepasnya
Manusia pulang ke sangkarnya
Buat melelapkan mata
Barang sejam dua
Kerana esok akan menjelma
Hidup berjalan seperti biasa.
Berpagi-pagi menyisip teh-
Mengetis kuih secubit dua
Buat mengalas lapar dahaga
Menikmati hidup sebagai hamba
‘Bekerja untuk dua dunia’.
Demi Pemilik Masa
Atas RahmatNya
Jangan pernah terbersit untuk mengalah
Kalau penat-hela
Jika letih, senyum
Jenuh; -ikhlaskan sahaja,
Demi,
Kita tidak mengharap selain Syurganya.
Setiawangsa,
Hadi Mahdi Muhtadi
Read More..
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
19:52
0
comments
Links to this post
Labels: Karya
Monday, 17 January 2011
Critically Thinking
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
12:39
2
comments
Links to this post
Labels: Bicarasufi
Tuesday, 11 January 2011
Adab yang sudah hilang
Hadith Nabi Muhammad s.a.w:- إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق “Sesungguhnya aku (Muhammad) diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak yang mulia” Tapi nampaknya kita lebih suka berburuk sangka, keji mengeji, hasad dengki, dendam tak sudah, menabur fitnah, menyebarkan berita palsu, berkata kesat, bercakap sombong dan bongkak, memanipulasi fakta untuk kepentingan diri sendiri, tidak tabayyun (mencari cerita sebenar), berkata dan membuat perkara dengan berselindungkan di sebalik ‘nama’ dan ‘pangkat baik’, mengeksploitasi agama untuk ‘menang’, menggunakan dalil-dalil untuk menampakkan dirinya pada pihak yang benar. Ini ke yang kita claim sebagai bekalan ke syurga? Cukuplah pesanan ini menjadi penilaian:- الكيس من دان نفسه وعمل لما بعد الموت والعاجز من اتبع نفسه هواها وتمنى على الله الأماني “Orang yang bijak, ialah yang merendahkan dirinya dan bekerja untuk apa yang selepas kematian, Manakala orang yang tidak bijak, dia mengikut hawa nafsunya, dan berharap-harap kepada Allah (dengan harapan yang palsu)”
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
23:09
0
comments
Links to this post
Labels: Bicarasufi
Monday, 3 January 2011
Noblest Mesengger, Noblest Ummah
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
22:19
0
comments
Links to this post
Labels: Bicarasufi
Saturday, 4 December 2010
Mencari Al-Akhilla’
Mana dia-
Seorang sahabat, kawan
Teman Seiman dan setaman
Berkongsi manis perjuangan
Bertamu di ruang pencerahan.
Mana dia al-akhilla’?
Peribadi luhur
Tutur bicara teratur;
Menabur budi dalam hadir
Menitip doa dalam musafir.
Mana dia al-akhilla’?
Sering berpesan soal haq, sabar
Tak putus bertanya khabar;
Duhai al-akhilla’-
Bantu aku berpakaian taqwa
Agar terhindar dari nista
Dari dalam jiwa
Tak pernah rasa lelah
mendendangkan senantiasa
Senandung cinta Ohebbuka fiLlah
Mana dia al-akhilla’?
HadiMahdiMuhtadi
Setiawangsa
4 Ogos 2010
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
00:35
0
comments
Links to this post
Labels: Karya
Tuesday, 9 November 2010
Duhai Anak
Dikau
Jadi tanda
Pengikat kasih mesra
Antara abah dan mama
Hadirmu bawa cahaya
Senyum mekar sang ayahanda
Pelukan erat umi, mama, ibu dan bonda
Tangis gembira menyambut, saat lahir ke dunia
Seringkali esakmu di malam menjelma
Jua rajukmu tak kena masa;
Tidak pernah terbersit di sudut hati
merasa kau mengganggu walau sekali
Membesarlah duhai permata hati
Jadilah contoh mithali;
Belajarlah semahunya
Banggakan keluarga dan orang tua
Semoga panjang umurku-melihat kau berjaya
Menikmati sebuah dewasa
Mengecap percaya nusa-bangsa
Menggenggam cinta Pencipta
Menjalani hidup sebagai manusia
Menjadi insan berguna.
Hadi Mahdi Muhtadi.
Read More..
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
07:35
1 comments
Links to this post
Labels: Karya
Sunday, 7 November 2010
Daania Izzah binti Muhammad Aiman
Officially Introducing...
Daania Izzah binti Muhammad Aiman.
D.O.B: 29 October 2010
P.O.B: Ampang, Selangor.
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
00:29
3
comments
Links to this post
Labels: prolegomena
Tuesday, 19 October 2010
Sidang Awliya'
I
Wali-wali pun bersidang
Dalam majelis rahasia
Di ruang angkasa raya
Berbicara soal manusia
Yang lupa asal-usulnya
Yang alpa pada Pencipta
Menyimpan terus
Rahsia jagat maya
Lima semuanya*
Mendampingi Penguasa
Hadir di kalangan
Yang biasa-biasa
Membisik tolong dan bercinta
II*
Ha. Mim. Ain. Sin. Qaf.
Sidang penuh ketertiban
Duduk menyimpuh
Dekatdekat
Dan
Berdepan-depan;
Malaikat-malaikat kurubiyyin
Malaikat-malaikat Falakiyyin;
Nabi-nabi ulul-azmi
Sahabat-sahabt khulafa’ ar-rasyhidin
Sahabat-sahabat abadilatul-Quran Al-Adzim;
Imam-imam Syariat
Imam-imam Tarekat;
Dipimpin tiga penguasa tertinggi
Hasan, Hussain, & Mahdi
Dipersidang oleh Sayyidil Habibi*
III
Dan dititipkan
Pesanan berharga
Mursyid dan Mawlana
Sidi yang Arif billah;
Bicara terus suluk, mauhibah, uzlah jiwa raga
Silang pergantian wali-wali qutub sana*
Segala thiqah dan adab seorang Hamba
Tentang zikir, fikir, tadabbur maya
Dan habaib semuanya
Rantaian Ahlul bait keluarga baginda
Pelajaran tawadhu’ dan beserdahana;
Menjalani penghidupan salikin
Atas jalan tasawuf dan sufiyyin
V
Mistikus membelenggu;
Wali-wali
Aktab, Qutub, Abdal, Awtad,
Akhyar, Nujaba’ dan Nuqaba’
Yang Sultan dan Yang Shahir *
Yang laki-laki dan perempuan
Yang dari Syam, Mesir, dan Iraq*
1, 4, 40, dan 300 jumlahnya;
Dalam mentafsir
Sab’ul Mathani wal-Quran Al-Azim;
Salasilah
Atau salah silap;
(Dan ruh-ruh pun berbicara)
Mencari Al-Mahdi
Bingkisan Nur Muhammadi;
Para Salikin
Yang berlegar seputar relung
Martabat dan Syariat,
Hakikat dan Ma’rifat;
Dalam fana doa dan taubat
Mendalami makna yaqazah dan karamat;
Tentang mati dan hayat;
VI
Semua belum punyai jawapan
Sidang terus berlangsung
Dan Tuhan jadi Saksi.
HadiMahdiMuhtadi
Taman Melati,
* http://artikelislam.wordpress.com/kirim-artikel-tarbiyah-2/
* http://forum.dudung.net/index.php?topic=1618.0;wap2
* http://naqshbandiyun.blogspot.com/2007/02/assabul-matsani-dan-empat-wali-qutub.html
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
10:38
0
comments
Links to this post
Labels: Karya
Tuesday, 28 September 2010
Mengatalah
Mengatalah
sesuka hatimu
kerana aku
tak akan pernah
ambil tahu
Robeklah
Semahu-mahunya
Biar dibuka segala cerita-cerita
Biar heboh
Diusung ke mana-mana
Cereka ciptaanmu itu.
Kerana aku tak pernah kisah
Dan ambil peduli
Kerana itu omong kosong
Tak ada ujung tak ada
Pangkal
(Apa kau sibuk?
Ini hal aku!
Siapa gila?
Kau atau aku?
Aku tak kacau sapa-sapa!
Ikut akulah nak buat apa!)
Tapi apa nak buat
Mulut orang;
Mulut tempayan boleh lah
Ditutup-tutup
Dibuka-buka;
Mulut manusia-
Binasa dunia.
Hadi.Mahdi.Muhtadi
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
20:18
0
comments
Links to this post
Labels: Karya
Wednesday, 25 August 2010
Kawen-kawen
Kahwin bukan main-main
Kahwinlah main-main,
Mempermainkan atau
Dipermainkanlah jawabnya.
Kahwinlah Suka sama suka
Tapi kalau suka-suka,
Menipu dan tertipulah
masing-masing.
Macam-macam alasan orang kahwin;
Kaya,
Bijak
Baik
Cantik.
Kahwin mesti sebab ikut sunnah
Kahwinlah ikut-ikut;
Alamatnya merekotlah.
Macam-macam alasan juga orang takut kahwin;
Duit,
Umur,
Belum sampai seru,
Tak ada jodoh,
Tak kacak.
Kalau kahwin mau kena ada;
Akal,
Iman,
Sabar,
Kesungguhan,
Tawakkal.
Cukuplah dan jalanlah.
Yang pasti,
Bila sukakan sesuatu,
Terbutakan dan tertulikanlah
Pastinya
حبك شيء يعمي و يصم
Hadi Mahdi Muhtadi
Posted by
Hadi Mahdi Muhtadi
at
14:16
3
comments
Links to this post
Labels: Karya






